Jais batalkan kuliah, tak boleh berdiam sekali ini penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa pihaknya telah sedia maklum bahawa Selangor membenarkan kuliah bagi penceramah yang mempunyai tauliah mengajar di negeri berkenaan sahaja. Bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI itu berkata, pihak pengurusan Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong tetap meminta supaya beliau hadir bagi menyampaikan kuliah di masjid mereka. Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook UAI ketika mengadakan ceramah di Masjid Al-Mubarakah, Kuala Lumpur, malam tadi.

“Kita memang dah tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan 22 bulan lagi, memang (saya) tidak boleh di Selangor sebab (negeri itu benarkan penceramah) untuk yang bertauliah sahaja. “Cuma ada masjid di Bukit Jelutong ini, mereka minta juga (supaya saya hadir). Kami kata boleh (tetapi) sediakan surat sokongan baru kami boleh pergi, mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja, dan mereka sudah pun mohon. Selesai semua benda, dan (kemudian kuliah itu) dibatalkan. Kami akur, tukar ke Kampung Pandan, tidak ada isu pun,” katanya ketika menjawab salah soalan daripada salah satu jemaah di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelum ini pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, mendapat perhatian apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah maghrib di masjid berkenaan susulan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor. Menurut Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor. Pada Ahad, meskipun terpalit kontroversi tersebut, namun Kuliah Maghrib Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan itu dihadiri oleh ribuan jemaah.

Ujar beliau, masjid di Bukit Jelutong itu telah membuat permohonan rayuan sebanyak dua kali namun masih tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. “Masjid rayu, tidak boleh rayu. Mereka minta (buat permohonan) rayu sekali lagi (tetapi) tidak boleh juga. “Jadi kami ambil keputusan pindah (kuliah) ke Kuala Lumpur. Kenapa mu koyak? Bukan kita marah pun. “Awak tidak bagi kami berkuliah, kami berpindah ke Kampung Pandan. Comel dah (keputusan itu), eh koyak juga,” menurutnya. Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus berkata, bahawa kebenaran bertauliah sememangnya dibenarkan dalam syarak kerana bertujuan bagi mengawal penceramah-penceramah yang membawa ajaran sesat.

“Yang ada mengajar ajaran sesat, memang dilarang. Itu memang betul, dibolehkan. Tetapi janganlah kita gunakan untuk keinginan. Kita halau orang berkuliah kerana keinginan sahaja, bukan kerana ajaran sesat dan sebagainya. Nasihat saya, kamu-kamu ini nanti jadi menteri, jadi orang yang ada kuasa. Gunakan kuasa itu untuk luaskan ilmu ALLAH dan gunakan kuasa kamu untuk sekat maksiat,” jelasnya. Rata-rata umat islam di negara ini melahirkan rasa kurang senang dengan tindak tanduk kerajaan sekarang

Demikian respon bersahaja pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, menghadiri ceramah tersebut setelah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini, dibatalkan. UAI juga terkejut melihat beribu-ribu orang datang memenuhi masjid tersebut dan bertanya mereka datang dari mana sebelum orang ramai menyahut ‘dari Selangor’. “Jadi untuk kuliah bulanan Kuala Lumpur ini, bukan Selangor lah, Kuala Lumpur. Untuk makluman kita dah habis kitab Anak Kunci Syurga setelah 10 tahun kita mengaji.

“Ramainya orang, datang dari mana ni beribu-ribu orang…dari Selangor? Allahurabbi, mu jangan cari pasal,” katanya. Kuliah tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Ridzuan Khalid. Kelmarin, menerusi Facebook UAI memaklumkan, pembatalan kuliah tersebut adalah atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dilaksanakan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, pembatalan kuliah maghrib di Bukit Jelutong tersebut disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Sumber, LAB. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.