Setiap ibu pasti menjadi tulang belakang buat anak-anak untuk perkara yang diminati mereka. Begitulah pelakon Puteri Sarah yang meluahkan keterujaannya terhadap hobi baharu putera sulungnya, Syaikhul Islam. Menerusi hantaran di Instagram (IG) Stories, Puteri Sarah dilihat membawa anak lelakinya, Syaikhul ke sebuah kedai barangan sukan. Kata Puteri Sarah, 37, anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak. “Dah pandai ni. Ronaldo lah, Messi lah. Mama kena belajar. Sabtu ni nak join football class. Nak cari jersey abang kata.”
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti. Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Ajar ank untuk bersedekah di sekitar Masjid Nabawi, ramai yang puji dengan didikan Puteri Sarah Liyana pada anak anak. Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia telah melakukan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan kepada para jemaah. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang invividu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah. Ujar pelakon yang berusia 37 tahun itu lagi, dia telah terjumpa dengan seorang jemaah yang berasal dari Egypt yang begitu akrab dan menyayangi anak lelaki, Syaikhul Islam. “Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen. Susulan itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat Puteri Sarah mendidik anaknya dalam memberikan sedekah kepada jemaah lain. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Puteri Sarah sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaannya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu. Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber, Omm.