Nak kahwin hari sabtu, ramai yang teruja bila Shila Amzah mula beri bayangan macam dah nak kahwin

“Suruh lah dia proposed elok-elok…kalau tidak taknak kahwin dengan dia” – kata Shila Amzah. Memuat naik video di laman Instagram, penyanyi terkenal Shila Amzah dan pasangannya Ubai MZ seolah-olah memberi hint akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Terdahulu spekulasi hubungan cinta penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan mengenai status perhubungan mereka. Menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok, Ubai mengakui, mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun sebagai peminat.

Namun, katanya, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi mencipta nama di Tembok China itu berada dalam fasa kecewa akibat kegagalan rumah tangga. Terkini meskipun, video yang dikongsikan oleh Shila menerusi siaran langsung di Instagram milknya itu tampak hanya sekadar gurauan namun hasil penelitian, perbualan di antara pasangan cinta ini sepanjang tempoh video berdurasi 50 minit itu sedang asyik membahaskan mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka. “kompang dah booking belum? ” – soal Shila Amzah. Bagaimanapun, benar atau tidak pasangan bahagia ini ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat?  Nantikan pengumuman rasmi selebriti berkenaan di Instagram rasmi Shila Amzah dan Ubai MZ.

Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.