Selebriti yang kini dilantik Exco Wanita UMNO Malaysia, Datin Anne Ngasri, 38, bertekad mahu memantapkan wadah perjuangannya menerusi tiga prinsip utama yang disandarkan. Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri menerusi hantaran yang dikongsi di Instagram, menyatakan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih diatas keyakinan untuk tanggungjawab baharu yang digalasnya itu. Dengan tawaduk dan rendah diri, saya bersyukur kerana dipilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar Exco Wanita UMNO Malaysia bagi 2023 – 2026.
Terima kasih Ya Allah.. terima kasih buat keluarga dan kekanda-kekanda yang saya hormati dari seluruh Malaysia yang telah mempercayai dan menyokong hasrat suci ini. Menyedari wadah perjuangan perlu diteruskan, usaha memulih dan memperkukuh parti keramat yang disayangi ini perlu dilaksana bersandar pada tiga prinsip,” tulisnya. Ternyata ibu kepada enam cahaya mata ini sudah bersiap sedia dengan beberapa prinsip dimaksudkannya merangkumi setia, cekal dan pertahankan. Setia bersama barisan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Cekal memulihkan ‘nyawa’ parti keramat kita dengan perjuangan yang ikhlas, sabar dalam berbakti serta bertindak dengan wajar.
Pertahankan kedudukan dan maruah parti demi jasa yang dicurahkan untuk mengangkat anak bangsa dan pengorbanan menegakkan agama. Semoga perjuangan saya ini dirahmati Allah SWT,” katanya. Terdahulu, Anne yang pernah menyandang jawatan Exco Pengerakan Puteri UMNO Malaysia, terbabit membantu jentera parti Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November, tahun lalu.
Karier politik Anne yang pernah popular dengan drama Cili Padi ketika kanak-kanak, dilihat bermula dan aktif selepas beliau bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4, selain masing-masing mempunyai zuriat dari perkahwinan sebelum ini iaitu Anne mempunyai tiga anak, Abdul Warits,16, Abdul Wafri,14, dan Nazharah Afroza, 12 tahun. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim,17.
Kredit Harian Metro, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.