Mahkamah Majistret Kuala Kubu hari ini memerintahkan agar pelakon, Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz bin Roshdi, 29 dihantar ke Hospital Bahagia. Memetik laporan dari Sinar Harian, perintah itu telah dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342. Hafidz diperintahkan ke sana bagi mendapatkan rawatan menjalani rawatan psikiatri.
PELAKON Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin atas pertdhan sengaja mendatangkan kelukaan terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian pada 2 Mac lalu. Pengakuan itu dibuat pelakon berusia 29 tahun itu di hadapan Majistret, Siti Fatimah Talib selepas pertdhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi didkwa mengasari sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah Shu selepas berlaku pertngkran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya. Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kelukaan tersebut.
Pelakon filem Puska itu didkwa di bawah Seksyen 323 yang membawa hkmn jika didapati bersalah iaitu ditahan maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hkmn maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. Hafidz yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi mengenakan kemeja hijau berserta jaket kelabu selain menutup wajahnya dengan pelitup muka dan memakai cermin mata ditemani peguam.
Dia juga turut ditemani beberapa lelaki lain kelihatan tenang berjalan masuk ke perkarangan mahkamah. Penampilannya itu menjadi perhatian warganet yang disifatkan sebagai tidak bersesuaian dan menyangka pelakon itu baharu pulang dari menghadiri majlis anugerah. Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jnyh Sksl, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. Hafidz melafazkan talak terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu. Kes pengesahan lafaz itu akan disebut pada 21 Mac ini. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.