SUSULAN kejadian Kamal Adli disrng menggunakan cota di Singapura pada malam Ahad, isterinya Uqasha Senrose berkongsi tangkap layar mesej menerusi aplikasi WhatsApp dipercayai dihantar oleh lelaki yang memkl aktor berkenaan. Menerusi mesej yang didedahkan Uqasha, 31, individu berkenaan menggelar Kamal sebagai anjing selain mengugut akan menyksa pelakon itu habis-habisan. Kata Uqasha, lelaki terbabit nampaknya sudah lama menjadikan Kamal sebagai sasaran namun tidak diketahui punca sebenar individu itu menyimpan dendam terhadapnya.
“Hey, pesan sama Kamal Adli anjing tu, aku mesti bnh dia. Aku mesti sksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat,” tulis individu berkenaan menerusi WhatsApp. Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya. Pada malam Ahad, Kamal, 37, mengalami kecederaan ekoran disrng menggunakan cota selepas menyetai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura. Akibat srngn itu, Kamal mengalami kelukaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan. Aktor itu yang dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura dilaporkan terpaksa menjalani operasi disebabkan bahagian belakang kepalanya koyak.
Dalam pada itu, Uqasha menjelaskan lelaki berusia 34 tahun yang menyrng Kamal bukan orang tidak siuman selain menegaskan individu itu adalah warganegara Singapura berdasarkan kad pengenalannya. Uqasha turut meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir tinggalkan komen tidak baik terhadapnya gara-gara dia membuat kenyataan Kamal disrng penduduk negara tersebut. “Suami saya kena pkl dengan orang Singapura, memang warganegara Singapura, saya sendiri lihat kad pengenalan dia. Tapi saya tak cakap semua orang Singapura itu jahat.
“Lelaki yang lbs suami saya pakai cota besi itu siuman, normal. Kalau tak ada benda baik nak cakap, jangan cakap apa-apa. Suami saya berdrh depan mata saya, saya trauma dan menggigil,” katanya. Menerusi ruang komen, ada segelintir warganet mempertikaikan tuduhan dibuat secara melulu melibatkan warga Singapura. “Singapura memang negara yang selamat dan rendah kadar jenyh tetapi tak semestinya selamat. Ini orang tak waras yang buat macam ini atau bukan orang Singapura. “Saya tahu agak keterlaluan untuk bercakap tentang hal ini selepas semuanya berlaku, tetapi mana awak tahu penyerang adalah warganegara Singapura?
“Negara kami memang ada jnyh tetapi jangan menuding jari menyalahkan rakyat Singapura,” tulis warganet. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.