Tular video Boss Kay lepaskan isteri siap ucap selamat harijadi, gaya ceria masa dia lafazkan tu jadi perbualan warganet

KECOH di media sosial tentang tindakan personaliti media sosial, Khaireel Azlee Abd Aziz melepaskan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi siaran langsung TikTok. Namun Khaireel Azlee yang senang disapa Boss Kay menafikan perkara itu dan sebaliknya memberitahu video lafaz talak terhadap Cik Pia hanya dirakam untuk tujuan peribadi antara mereka sahaja. “Itu merupakan video peribadi yang ditularkan oleh pihak sana (Cik Pia). Video itu saya hantar WhatsApp untuk rujukan dia. Bukan saya yang tularkan, itu ftnh.

“Saya hantar secara peribadi. Lafaz itu dibuat pada 12 Mac (2023) dan video itu dirakam 10 saat saja. Orang kata saya lafaz talak dalam live TikTok, itu fitnh. Ini adalah video peribadi,” ujarnya. Terdahulu, tular video 10 saat di Twitter, memaparkan Boss Kay melafazkan talak dua terhadap isterinya. “Saya Khaireel Azlee Abd Aziz lepaskan Norsufia Johari dengan talak dua. Assalamualaikum, selamat hari jadi,” ujar Boss Kay dalam video tular itu. Mengulas lanjut tentang video lafaz talak itu, Boss Kay berkata dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis pada masa akan datang sekiranya ia memberi impak buruk terhadapnya.

“Benda tu saya boleh buat laporan, tapi saya tak nak buat. Kalau makin teruk atau dapat nasihat peguam, saya akan buat. Pada saya perbuatan itu, tak ada etika dan menyebabkan fitnh,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Boss Kay berkata dia tidak terkesan dengan kritikan warganet dan menyerahkan apa yang berlaku kepada Allah. Selain komen berbentuk mak1an, gaya ceria Boss Kay ketika dia melafazkan talak turut menjadi pertikaian dalam kalangan warganet. “Saya rasa saya lebih positif berbanding pasangan lain yang berpisah sambil bertmbk atau brblah. Saya terbuka terhadap sebarang komen. “Saya husnudzon dan serahkan kehidupan kepada Allah. Kepada semua yang fitnah, itu antara awak dengan Allah. Dunia ini ada cerita saya, ada cerita anda dan ada cerita sebenar.

Tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp video lafaz talak yang dihantar Boss Kay kepada Cik Pia.

“Jadi jangan baca sebelah pihak. Kita memang boleh menghukum, tapi Allah yang ada kuasa,” ujar TikTok Guru itu lagi. Menurut Boss Kay, ini adalah kali kedua dia berpisah dengan Cik Pia dan mengakui sudah putus asa untuk menjernihkan hubungan antara mereka. Ini kali kedua, sebab kali pertama dulu saya dah balik (rujuk) kepada dia, namun gagal. Sebab itu kali ini talak dua,” ujar Boss Kay lagi. Untuk rekod, kisah kemelut rumah tangga antara Boss Kay dan Cik Pia hangat menjadi perbualan warganet sejak Januari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 23 Februari lalu, Boss Kay menjelaskan dia mahu berpisah kerana masalah mental isterinya. Selain itu, Boss Kay juga sudah mendaftarkan kelahiran cahaya matanya bersama Cik Pia selepas dia teruk dikritik kerana didkwa enggan mengazankan anak sendiri. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.