Pelakon Kilafairy menawarkan ganjaran sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang menjumpai kucing peliharaannya yang hilang sejak 27 Februari lalu. Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Kila atau nama penuhnya Syakila Nisa Jahangir Khan memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu. Difahamkan, kucing tersebut berwarna kelabu serta berkacukan British Shorthair dan R. Blue yang hilang di kawasan Subang Jaya.
“Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong tolong tolong kembalikan Kovu saya. Tolong check sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi. Pelakon drama ‘Tumpang Lalu Bang’ itu juga turut sertakan nombor untuk dihubungi jika sesiapa yang terlihat kucing berwarna kelabu atau Kovu itu sendiri di mana-mana. Susulan daripada itu, Kila menyediakan ganjaran dalam bentuk wang ringgit sebanyak RM2,000 untuk individu yang menemukan kucing peliharaannya, Kovu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Warganet kritik pakaian Kilafairy tidak bersesuaian dengan imej bertudung, Ramai peminat mendoakan Kilafairy kekal istiqamah. Memang tak asing lagi kita dengan pelakon wanita cantik ini. Sebelum ini, seramai 100 selebriti dan usahawan muda diiktiraf menerusi anugerah The 100 Most Influential Young Entreprenuers 2022 (MIYE2022) di atas pencapaian cemerlang, usaha gigih dan sumbangan mereka dalam industri.
Majlis anjuran Entreprenuers Insight itu meraikan 100 pemain industri berusia di bawah umur 45 tahun, yang telah mencipta impak ketara menerusi media massa dan media sosial. Selain dari tu, penerima perlula cemerlang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Antara penerima anugerah berprestij itu ialah Datuk Seri Vida, Zeileen Yusnita, Puteri Zarith dan Lee Yon Onn, manakala Chiau Haw Choon merangkul anugerah “Entreprenuer of the year. Tidak terkecuali juga Kilafairy yang turut menerima anugerah pada malam tersebut. Melihat di Instagram, dia turut berkongsikan kepada peminat mengenai anugerah yang telah diperoleh olehnya.
Mendapat Perhatian Warganet
Kilafiary yang memakai gaun berwarna hitam kelihatan agak ketat dan pemakaiannya tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Tak manis nampak bentuk badan, tak sesuai dengan imej bertudung, semoga istiqamah dalam penghijrahan. Komen warganet lagi, Siss aurattt, Kak Killa nampak bentuk badan tu tak bole patutnya. Ada sesetengah dari warganet yang menyatakan pemakaiannya tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. Tetapi selain dari teguran dari warganet, kelihatan ramai juga yang mengucapkan tahniah dan bangga di atas kejayaannya serta mereka turut memuji dengan kecantikkan Kilafairy. Sumber, murai