PELAKON Fazura tampil dengan karya sendiri iaitu Adinda dan Kakak Kita Ke Jakarta yang mendapat sentuhan pengarah Bahri Umararif selepas berasa letih ditawarkan watak merebut lelaki. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata, dua filem pendek terbitan Fazura Pictures itu merupakan caranya untuk melepaskan rasa rindu terhadap lakonan memandangkan sudah lama tidak berlakon. “Saya pun dah lama tak berlakon, kenapa saya tak nak berlakon kerana watak yang ditawarkan itu sama sahaja. Saya tak nak buat. “Bukan nak riak (tawaran lakonan yang diterima) tapi sedih setiap kali dapat tawaran watak yang sama iaitu berebut lelaki sahaja. Sebab itulah saya lama tak berlakon.
“Dan sebab itulah saya muncul dengan syarikat penerbitan sendiri jadi bolehlah saya buat apa yang saya nak,” katanya. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Fazura 2023 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini. Dalam pada itu, Fazura berkata dia mahu memartabatkan kaum wanita di dalam karyanya memandangkan terlalu banyak drama yang berasaskan penyondol. Fazura juga berharap agar pihak produksi lain mula menghasilkan karya yang mampu mendidik minda penonton.
“Saya harap pihak produksi di luar sana berani untuk keluar dari zon selesa itu untuk buat cerita yang lain. Memperkasa wanita ini memang matlamat saya. Sedih sebenarnya apabila negara kita terlalu banyak keluarkan drama-drama di televisyen yang cerita hampir sama iaitu lelaki direbut oleh dua orang perempuan. Saya harap pihak produksi di luar sana berani untuk keluar dari zon selesa itu untuk buat cerita yang lain agar dapat mendidik dan kembangkan minda penonton dan alihkan stigma yang lama ke baharu,” katanya lagi.
Berkongsi lebih lanjut mengenai filem pendek tersebut, Fazura memberitahu dia mempunyai perancangan untuk melibatkan pelakon lain dalam karyanya pada masa akan datang. “Untuk projek akan datang saya memang akan libatkan pelakon lain. Mulakan dari kecil dengan kempen-kempen tudung, lepas ini saya akan kembangkan lagi. Saya harap nak buat filem, telemovie dan sebagainya. Insya Allah, mudah-mudahan memang impian saya nak buat lebih banyak lagi,” ujarnya.
Filem pendek Adinda turut menampilkan Wana Ali dan juga Fattah Amin yang kini boleh ditonton di saluran YouTube Fazura sejak 10 Mac lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.