Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau sinonim disapa sebagai Madammu bersyukur apabila sudah mendapat tarikh untuk bersalin anak sulungnya menerusi kaedah operation. Menurut Eriyca, impiannya untuk bersalin normal tidak kesampaian kerana menurut doktor ia boleh mendatangkan risiko buat bayi dan ibu. “Alhamdulilah hari ini Madammu & TP (suami) dah dapat date untuk Czr! Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin Normal kerana doktor kata terlalu berisiko untuk Madammu dan baby kerana Madammu ‘High Risk Pregnancy’. “Tak apa la. Dapat Baby pun dah bersyukur sangat apa yang penting Madammu & baby Selamat. Doakan Madammu semua ya. Dah tak sabar nak jumpa Baby A,” jelasnya. Eriyca berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, pada Selasa. Usia kandungannya kini sudah memasuki minggu yang ke-26.
Komen Warganet:
Terdahulu, Eriyca sebelum ini sering berkongsi perjalannya dalam ikhtiarnya mendapatkan zuriat sendiri menerusi kaedah In vitro fertilization (IVF). Sumber, mh. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.