Sebelum ini, perkongsian penyanyi Adira Suhaimi menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red. Menerusi video itu, Adira bersama Datin Red hadir ke sebuah majlis pertunjukan fesyen menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan. Terbaru menerusi laman instagram, Adira sekali lagi jadi perhatian ramai apabila memuat naik satu video sambutan ulang tahun kelahiran madunya iaitu Datin Red. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Adira yang berpakaian serba merah menghadiahkan madunya itu seutas gelang, dan mereka juga saling menyuap kek antara satu sama lain.
“happy birthday akk sayang @datin_red. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah … datang awal sehari sebab besok takut x sempatt singgah ….,” tulis Adira di ruangan kapsyen. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 33.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji hubungan akrab mereka. Adira mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun. Klik sini untuk lihat video.
Komen warganet:
Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.