Usahawan wanita, Intan Saleh telah berkongsi gambar bersama peguam di Instagram dengan menulis bahawa dia juga mempunyai seorang peguam yang akan membantunya di mahkamah kelak. Menerusi kapsyen yang disertakan, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 37, dia akan diwakili peguam Mahmud Jumaat bagi kes tuntutan difailkan oleh bekas suami dan isterinya yang juga seorang pelakon. Hal ini susulan pertelagahan mereka di media sosial pada Januari lalu apabila saling berbalas kenyataan sehingga akhirnya, isteri kepada bekas suaminya, Izreen Azminda menyerahkan konflik ini kepada peguamnya.
Difahamkan, Intan Saleh telah dibantu oleh aktivis, Mona Din juga bagi membela nasib para wanita yang mempunyai masalah dengan bekas suami. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Intan selepas mengetahui apa yang pernah dilalui sebelum ini dalam rumah tangga terdahulu. Antara yang memberikan kata-kata semangat adalah isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Shuhada yang turut mengalami nasib sama sepertinya.
Komen Warganet:
Terdahulu, konflik antara Intan dan bekas suami, Ude Wahid menjadi perbualan apabila masing-masing berbalas kenyataan di Insta Story. Tak lama selepas itu, isteri kepada pemuzik tersebut turut sama membuat kenyataan yang seakan-akan ditujukan kepada Intan. Intan dan Ude pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 namun berpisah pada 22 Mac 2018. Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mengahwini Izreen Asminda pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.