Kakitangan yang didakwa pch amanah itu bekerja di salah satu stor (kedai) milik Fazura. Kes masih dalam siasatan. Demikian kata pengurus kepada pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura, Iman Tang Abdullah. Menurut Iman, kakitangan berkenaan juga sudah tidak bekerja di premis itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pch amanah. Pihak pengurusan Fazura membuat laporan polis membabitkan kes pch amanah terbabit sekitar Ogos tahun lalu. Saya difahamkan, pihak pengurusan Fazura yang membuat laporan kes pecah amanah terbabit di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan. Terdahulu, Fazura mendedahkan wujud pecah amanah dalam syarikat membabitkan kakitangan perniagaan miliknya.
Menurutnya, kes pch amanah terbabit membabitkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak. Sementara itu, Mahkamah Majistret Seremban pada 10 Mac lalu menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap seorang bekas pengurus sebuah syarikat. Tertuduh berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pch amanah wang syarikat berjumlah lebih RM40,000. Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat syarikat dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Kesksn yang membawa hukuman ditahan selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda. Kes akan disebut semula pada 24 Mac ini.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.