Pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas. Elfira yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia. Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama. Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja. Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini. Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu. Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin. Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah. Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.