Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak produski yang sering menerbitkan drama atau filem berunsurkan isu tak setia. Menurut Fazura, industri tanah air kurang mengetengahkan tentang pemerkasaan wanita (women empowerment) membuatkan aktres filem terkenal Gol dan Gincu ini menolak pelbagai tawaran berlakon. Sorry to say tapi saya sedih sebenarnya tengok industri seni terlalu banyak keluarkan jalan cerita drama yang berulang. Isu tak setia, perempuan berebut dua lelaki. Bila nak mengangkat martabat wanita? We lack that in Malaysia.
Memang tak akan berubah dengan skrip yang sama. Sebab itu tercetusnya isu penyondol yang semakin berleluasa. Saya bukan nak riyak, tapi banyak tawaran berlakon yang saya tolak. Saya sedih, kecewa bila baca skrip jalan cerita sama. Itulah antara sebab saya dah lama tak berlakon. Dan dari situ, muncullah Fazura Pictures.
Ujar aktres Manisnya Cinta Di Cappodocia ini juga, Fazura turut merancang untuk melakukan filem atau telemovie menerusi syarikat produksinya, iaitu Fazura Pictures. Jelas isteri kepada pelakon, Fattah Amin, dia bakal mengeluarkan produk filem berkualiti tinggi yang memperkukuhkan tentang pemerkasaan wanita. Saya nak buat filem, telemovie. Tapi untuk sekarang kita start small dengan kempen tudung Fazura dulu. Impian saya nak buat lebih banyak. Saya harap ramai pihak produksi akan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat drama yang berbeza demi memberi pengaran dan ilmu serta mengembangkan minda penonton.
“Alihkan stigma yang sama itu kepada baru,” katanya ketika ditemui di pelancaran koleksi tudung Fazura Aidilfitri 2023 baru-baru ini. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.