Akhirnya Keith Foo keluarkan kenyatanan bahawa dia dan Kim selesa berkawan baik demi anak. Dua tahun berpisah, pelakon Keith Foo masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond. Kata Keith, mereka menjalani hubungan sebagai sahabat lebih baik berbanding ketika bergelar suami isteri. “Lebih baik hubungan kami begini. Kami lebih serasi sebagai sahabat. “Kami pernah cuba bercinta ketika menjadi suami isteri, tetapi hubungan itu tidak bertahan lama. “Kami menjadi sahabat baik demi anak. Saya sendiri tak mahu anak membesar dan melihat kami sering bergaduh,” katanya kepada mStar. Keith belum sedia cari cinta baharu. Sementara itu, ditanya sama ada peluang untuk kembali bersama, Keith berkata, ia tidak mungkin terjadi.
Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini juga memberitahu belum masa yang sesuai untuk kembali bercinta dengan mana-mana wanita. Rasanya sekarang belum tiba masa untuk saya bercinta “Tak mungkin saya dan Kim akan kembali bersama. Seperti saya katakan kami lebih elok sebagai sahabat. “Rasanya sekarang belum tiba masa untuk saya bercinta. “Tunggulah dahulu sehingga anak kami boleh faham situasi sebenar,” jelasnya. Keith dan Kim berkahwin pada November 2015 dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Skylar Raymnod Foo yang kini berusia lima tahun. Pasangan ini berpisah pada Disember 2019.
Keith dan Wanna Ali dalam Autumn In Wales. Keith ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Autumn In Wales yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Selain Keith, filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Jaa Suzuran, Eyka Farhana dan Wanna Ali. Filem arahan Rahila Ali ini bakal ditayangkan di Astro First bermula 24 Mac. Sumber, mstar
Keith Foo nafi kembali bersama bekas isteri. Pelakon Keith Foo menafikan dia sudah kembali bersama bekas isterinya yang juga model, Kim Raymond. Keith berkata, walaupun hubungan mereka baik, namun mereka tiada perancangan untuk bersatu semula sebagai pasangan suami isteri. “Tidak dinafikan memang ramai yang ingat kami sudah kembali bersama sebab hubungan kami berjalan dengan baik dan tiada apa-apa masalah. “Cuma buat masa ini kami memang tiada perancangan ke arah itu sebab sudah selesa dengan kehidupan begini. Lagipun kami sedar mungkin jodoh sudah tertulis untuk tidak bersama, sebaliknya jodoh kami lebih kuat sebagai kawan karib. “Saya sangat bersyukur sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah selepas membawa haluan masing-masing. Kami boleh pergi bercuti sama-sama dan meluangkan masa bersama anak,” katanya.
Menurut Keith, walaupun dia dan bekas isteri sudah tidak tinggal sebumbung namun mereka kerap bertemu dan saling bergantung antara satu sama lain demi anak tercinta, Skylar Raymond. “Rumah kami memang sangat dekat dan mudah untuk saya berjumpa anak setiap masa. Kalau ada masa terluang seperti tiada penggambaran, hampir setiap hari saya ke rumah Kim untuk berjumpa anak. “Sejujurnya perasaan kekok memang tidak ada. Mungkin sebab kami sudah berkawan lama, jadi kami tak boleh pentingkan diri sendiri. Kami perlu ketepikan apa saja masalah yang berlaku sebelum ini sebab kami berdua yang bersepakat untuk mahukan anak jadi perlu bersama untuk membesarkan Skylar dengan penuh kasih sayang,” katanya. Dalam pada itu, Keith kini aktif menyertai kerja-kerja sukarelawan kelolaan St John Ambulance Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017. Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019. Sumber, Harianmetro.
Akhirnya Keith Foo kembali berlakon. Selepas dua tahun menyepikan diri dalam dunia lakonan, kini pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose di TV3, Keith Foo, 37, kembali menyusun semula strategi untuk mewarnai industri seni tanah air. Keith yang memegang watak sebagai Tengku Adam dalam drama berkenaan berkata, dia melihat tahun ini adalah masa yang tepat untuk kembali aktif memandangkan anaknya, Skylar Raymond Foo kini sudah berusia tiga tahun. “Sedar tak sedar lebih dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan kerana mahu melihat anak membesar depan mata. Saya tidak mahu terlepas setiap saat-saat manis membesarkan si kecil permata hati itu. “Biarpun terpaksa melupakan kerjaya lakonan buat sementara waktu, saya tidak pernah berasa ralat kerana perlu mendahulukan tanggungjawab sebagai bapa. “Justeru tahun ini saya nekad untuk kembali aktif. Sebenarnya, saya sudah memulakannya sejak awal tahun lagi, tapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana akibat Covid-19, semuanya tergendala. “Kini, apabila penggambaran boleh dijalankan semula, saya kembali berlakon dan rasa ia adalah masa yang terbaik untuk terus aktif bekerja,” katanya.
Meskipun jadual kerjayanya selepas ini akan sibuk, Keith berkata dia akan cuba membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga sebaik mungkin. “Saya rasakan semuanya baik-baik saja sekarang. Anak pula tinggal dengan bekas isteri, dan jika tiada penggambaran memang masa dihabiskan masa dengan anak. “Semuanya seimbang dan saya gembira dengan apa yang dilakukan kini. Setiap hari, saya pasti akan bertemu dengan anak dan jika ada waktu terluang, dia (anak) tidur di rumah saya,” katanya. Siapa sangka, hubungan rumah tangga Keith dengan model Kim Raymond tidak bertahan lama apabila mereka nekad untuk berpisah pada Disember tahun lalu selepas berkahwin pada November 2015. Menurut Keith, walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama namun dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Kim.
Bagi Keith, tiada sebab untuk dia dan bekas isterinya bergaduh kerana mereka berpisah secara baik. Malah, demi kebahagiaan anak juga. “Kami berpisah secara baik dan hubungan hingga kini masih utuh. Cuma, kalau dahulu status kami sebagai suami isteri dan sekarang hanya sahabat baik. Kami juga sudah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak yang lebih utama,” katanya. Menurut Keith yang pernah membina kerjaya lakonannya di Indonesia, dia mahu penjagaan anak dibuat bersama-sama bekas isteri walaupun sudah berpisah. Sumber, harian metro