Penyanyi dan usahawan, Mizz Nina meraih pujian daripada wargamaya kerana dianggap sebagai selebriti yang bersih daripada sebarang kontroversi. Menerusi hantaran di Instagramnya (IG), selebriti berusia 43 tahun ini dikagumi peminat berikutan sikapnya yang langsung tidak membuka isu perpisahannya dengan bekas suami, Noh Salleh yang juga merupakan penyanyi. Malah, melalui komen yang ditinggalkan pada posting terbabit, pemilik nama Syazrina Azman ini dikatakan sebagai artis yang paling disegani kerana sangat merendah diri selain sangat menjaga aib bekas suami.
Bukan itu sahaja, ruangan komen tersebut juga dipenuhi pujian dan doa serta kata-kata yang baik dari peminatnya yang mengagumi sosok aktivis kemanusiaan yang jelita ini. Kredit Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Di Instagram, aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memuat naik sekeping foto bersama anak angkatnya, Musa ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, semalam. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang buat dirinya dan Musa untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci. Tambah Mizz Nina, dia berharap Musa memiliki akhlak yang baik, beriman, benar dan tawakal. Terdahulu, Mizz Nina antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Mizz Nina dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.