Hubungan istimewa pelawak Shuib dan usahawan Watie Hanifiah nampaknya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Sebelum ini, Watie menerima teguran kerana dikatakan berpakaian terlalu ketat mengikut bentuk tubuh. Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani mengundang perhatian ramai apabila memuat naik video bersama Watie di laman TikTok. Menerusi video yang dikongsi, Salamiah dan bakal menantunya itu dilihat membuat lip sync lagu Kurangnya Apa daripada penyanyi, Arief. Apa yang menjadi perhatian warganet adalah penampilan Watie yang dilihat lebih sopan dan manis bertudung bawal putih. Klik sini untuk lihat video.
Warganet berpendapat gaya seperti itu lebih cantik berbanding pemakaian ketat yang sering digayakannya sebelum ini. Membalas kepada komen warganet, ibu Shuib memohon Watie diberikan masa memandangkan dia baru belajar berhijab. Sudah tentu ianya tak sempurna tetapi boleh dididik secara perlahan-lahan. Sepintas lalu, Watie adalah salah seorang ahli perniagaan atau usahawan dalam produk kecantikan. Dia yang kini semakin dikenali di media sosial sering aktif berkongsi kepada masyarakat dengan produknya.
Sifatnya yang sederhana dan ramah mesra, membuatkan ramai para peminat yang mengikuti perkembanganya di media sosial. Sifat dan tingkah lakunya yang penyayang dan baik hati membuat raut wajah dirinya sentiasa kelihatan tenang dan sabar dalam menghadapi apa sahaja dugaan dan cabaran. Sumber: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.