Siapa tak kenal akan pelakon cantik jelita Amelia Henderson ini. Dalam sesi temu bual Amelia turut akui mempunyai hubungan rapat dengan Aedy Ashraf. Pelakon ini turut menyatakan dia lebih selesa menjaga diri sendiri, pelakon Amelia Henderson mengakui dia tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup. Bersyukur dikelilingi team dan keluarga yang kuat memberi semangat, Amelia berkata buat masa kini dia hanya mementingkan karier seninya sahaja. Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini turut mempunyai impian untuk berkahwin seperti mana semua wanita idamkan.
Selain itu, Kesibukan kerja membuatkan Amelia tiada masa untuk bercinta. “Pengganti untuk teman hidup, saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada team dan keluarga yang sangat kuat. “Jadi, saya tak pernah terfikir pun dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya sebagai ‘workaholic’, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu. “Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu, tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal. “Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,” katanya kepada mStar.
Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu. Amelia ditemui ketika majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan kolabarasi amal tanggungjawab sosial korporat bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad. Pada 2018, Amelia mendedahkan rumah tangga yang dibina dengan bekas suaminya iaitu Tunku Harunnarasheed Putra pada 2015 sudah berakhir. Bagaimanapun, pemilik nama Amelia Thriputra Henderson itu enggan berkongsi tarikh sebenar perceraian mereka. Berkongsi mengenai hubungan rapat dengan aktor Aedy Ashraf, Amelia berkata mereka sememangnya berkawan baik dan kerap dilihat bersama disebabkan kerja.
Rupanya ramai peminat suka melihat hubungan rapat Amelia dengan Aedy. Amelia turut menganggap lakonan dia dan Aedy dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada November tahun lalu membuahkan hasil sehingga kini masih diperkatakan. “Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia ‘Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I fasal you saja’. Lepas itu dia cakap ‘memang la saya Aedy Ashraf kot’. “Kami memang kawan rapat, tak ada masalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan. “Bagi saya, benda ini (gosip) tak ganggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop. “Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak,” ujarnya. Sumber, mstar.
Warganet menyatakan Amelia Henderson persis Kendall Jenner dan Sandra Bullock. Kejelitaan yang dimiliki aktres Amelia Henderson tidak perlu lagi dipertikaikan. Muncul sebagai wajah untuk koleksi baju pengantin rekaan Rizman Ruzaini (RR) baru-baru ini, Amelia sekali lagi memukau pandangan ramai. Anggun mengenakan busana pengantin milik RR berwarna putih bercampur rona kebiru-biruan, rupa paras Amelia dikatakan mirip dengan model antarabangsa terkenal Kendall Jenner. Tidak kurang juga yang melihat wajahnya ada iras seperti pelakon Hollywood, Sandra Bullock. “Kadang-kadang, wajah awak nampak seperti Kendall. Sangat cantik!” puji seorang netizen. “Macam Sandra Bullock pun ada. Lawa sungguh Amelia,” komen seorang lagi netizen. Tidak cukup dengan pujian, ada juga dalam kalangan netizen mahu Amelia menyertai pertandingan ratu cantik kerana dia memiliki rupa paras dan pakej yang lengkap. Lain macam ya penangan kejelitaan yang dimiliki pelakon drama Pengantin Satu Malam ini. Sumber, kosmo.
Amelia Henderson nyatakan dirinya sudah berpisah. Mengakui agak sukar untuk membuka mulut mengenai perceraiannya, Amelia Henderson akhirnya sedia berterus terang kerana tidak mahu khalayak terus mempersoalkan kehidupan peribadinya. Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata, dia dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar berpisah tahun ini, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing. “Sebelum ini, saya sengaja menggantung persoalan ini hingga ramai berteka-teki mengenai status rumah tangga saya. Bukan apa, kadang kala apabila kita hanya berkongsi sedikit, persepsi orang ramai jauh tersasar. Saya tidak izinkan mereka berkata sesuatu yang tidak benar. “Namun, tidak adil pula rasanya apabila bekas suami dikaitkan dalam kehidupan saya sebagai figura awam. Saya tidak mahu bekas suami menjadi mangsa cemuhan,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama, Jangan Benci Cintaku itu berkata, sudah tiba masa untuk dia membuka mulut daripada membiarkan netizen terus ‘membawang’ cerita yang tidak benar. “Perkahwinan kami terlerai di pertengahan jalan adalah ketentuan Tuhan. Mungkin ada yang menganggap saya bercerai kerana berkahwin pada usia muda dan tidak matang, tetapi orang dewasa juga ada yang berpisah. Semua itu takdir yang tercatat dalam perjalanan hidup saya,” katanya. Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata. Bercerita lanjut mengenai kehidupannya selepas kembali solo, Amelia berkata, dia tidak tertekan menerima takdir yang tertulis, sebaliknya bersyukur apabila diberikan Tuhan kehidupan dan keluarga serta kerjaya yang baik. “Mungkin jodoh saya tidak kekal, tetapi Tuhan menggantikannya dengan rezeki lakonan yang melimpah-ruah,” katanya.
Pelakon yang turut dikenali menerusi drama, Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi dan Keluarga Pontimau ini berkata, pada awal perceraian, dia agak sukar meluahkannya kerana banyak hati yang perlu dijaga. “Saya dan bekas suami membuat keputusan untuk berpisah bersama-sama. Ia dilakukan dengan tenang, biarpun keputusan itu bukan mudah. Saya harus pandai mengawal perasaan untuk menjaga hati keluarga kedua-dua pihak,” katanya. Amelia berkata, tumpuannya kini beralih semula kepada kerjaya lakonan yang ditinggalkan sejak 10 tahun lalu. Dia yang kembali sejak awal tahun ini mengakui, terkejut dengan penerimaan pengarah dan produser. “Saya kembali berlakon bukan kerana sudah bercerai, tetapi sudah tiba masanya saya meneruskan perancangan yang tertangguh. Apa yang terjadi dalam kehidupan peribadi, tiada kena mengena dengan kerjaya. Syukur, saya diterima semula. “Buat masa ini, saya belum terfikir untuk mencari pengganti. Bayangkan, saya hanya sempat berehat sehari atau dua sebelum memasuki set penggambaran lain. Jadual saya padat hingga akhir tahun. “Kerjaya lakonan saya kembali bernyawa selepas diuruskan syarikat pengurusan, Uprising Entertainment,” katanya yang pernah membintangi lebih 140 iklan komersil sejak kanak-kanak. Sumber, BH online.