Pelawak dan usahawan Shuib mencuit hati warganet apabila gelagatnya yang meniru aksi pelakon Beto Kusyairy di sebuah majlis pertunjukan fesyen dengan menggayakan baju melayu yang lengkap. Menerusi hantaran di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memuat naik video dirinya yang berbusana lengkap baju melayu berwarna merah jambu serta samping dan songkok. Pada video itu, Shuib berseloroh dengan sertakan tanda pagar pada kapsyen hantaran tersebut untuk melakonkan semula aksi pelakon Beto Kusyairy di majlis peragaan baju raya Bulan Bintang. Klik sini untuk lihat video.
Apa yang membuatkan warganet terhibur apabila dilihat samping yang dipakainya itu terlalu singkat sehingga ada yang mengatakan pelakon berusia 38 tahun itu meminjam samping milik anak lelakinya, Ariq Matin. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Shuib. Selain itu, terdapat juga komen yang berseloroh tentang statusnya yang ‘bujang’ apabila mengayakan samping di atas lutut.
Komen Warganet:
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.