Dah 35 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan, Dr Noor Hisham bakal bersara bulan ni

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan akan bersara bulan ini selepas berkhidmat dalam bidang perubatan selama 35 tahun. Hero ketika wabak Covid-19 melanda itu bakal bersara pada 21 April ini, seiring dengan umurnya yang mencecah 60 tahun iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan.“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” katanya. Dalam laporan The Star, Dr Noor Hisham amat diingati kerana berjaya mengemudi negara keluar daripada krisis wabak yang melumpuhkan sebahagian besar dunia sejak 2020.

Pun begitu, itu bukanlah satu-satunya kejayaan yang dikecapi oleh Dr Noor Hisham, beliau turut diberi penghormatan bagi menyampaikan syarahan berprestij Martin Allgower di Kongres Pembedahan Dunia di Krakow, Poland, pada 2019 di hadapan 2,000 pakar bedah seantero dunia. Satu lagi perkara penting yang dikendalikannya ialah mencatatkan perjalanan panjang Malaysia ke arah mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghapuskan Hepatitis C menjelang 2030 dan menangani isu keterjangkauan akses dan ekuiti.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.