Pempengaruh TikTok, Ubai mengesahkan bahawa cincin yang diberikan kepada kekasihnya yang juga penyanyi Shila Amzah adalah sebagai tanda untuk melangkah ke fasa seterusnya. Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, tarikh untuk sebarang majlis masih belum ditentukan. Insya-Allah, cincin itu sebagai tanda untuk ke fasa seterusnya. Bila dah beli cincin, maksudnya saya serius (dalam hubungan). Kalau mengenai tarikh, belum tahu lagi sebab kami masih dalam perbincangan untuk tentukan tarikh yang sesuai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ubai, dia dan Shila akan mengikut proses adat bermula daripada proses merisik. Kami akan melalui proses mengikut adat seperti merisik, bertunang sehinggalah hari bahagia kami. Tapi, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya. Berkongsi mengenai keadaan Shila yang dikatakan tertekan selepas muncul berita kontroversi membabitkan ibu bapanya, Ubai memilih untuk menenangkan Shila, namun tidak mahu mengganggu ruang peribadi keluarganya.
Kalau pasal keluarga, saya tak masuk campur sangat sebab saya faham privasi mereka. Tapi, saya akan cuba tenangkan dia. Saya beritahu dia, kalau dia nak kongsikan dengan saya, saya akan mendengar. Kalau dia tak selesa untuk kongsikan, tak mengapa. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.