Jangan berdendam kalau Sarah dah ada pengganti, ini pula kata kata Datuk Yusof Haslam buat Syamsul.

Pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Susulan itu, Datuk Yusof Haslam menitipkan pesanan kepada anaknya supaya membuang ego dan jangan menyimpan dendam selepas melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April ini. Menurutnya, walaupun rumah tangga Syamsul dan Sarah telah menemui kegagalan, beliau tetap menghormati keputusan pasangan itu demi kebaikan semua pihak. “Saya doakan yang terbaik dan berharap jika perpisahan itu berlaku kelak, ia berlaku dengan baik atas alasan yang logik.

“Ini bukan perpisahan yang biasa tetapi perpisahan yang tinggalkan zuriat. Jadi saya harap baik sang isteri atau sang suami, masing-masing tahu tanggungjawab. Masing-masing kena buang ego, jangan pentingkan diri, fikir masa depan anak-anak,” ujarnya. Beliau juga berharap agar tiada dendam yang masih disimpan dalam hati anaknya dan Sarah akan terus dianggap sebagai menantunya. Jelasnya, Syamsul perlu menerima dengan hati yang terbuka jika suatu hari nanti Puteri Sarah menemui pengganti yang baharu selepas mereka bercerai.

“Kelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam.Saya sangat berharap agar silaturahim antara mereka terjaga demi anak-anak,” katanya lagi. Terdahulu, mahkamah telah menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan talak terhadap Puteri Sarah selepas kedua-duanya mahu mengakhirinya dengan cara baik. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.