Gelagat anak sulung pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana yang malu-malu ketika diusik penyanyi Hael Husaini di sebuah acara berbuka puasa mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang dikongsikan oleh Awal, Hael yang sedang menyanyi dengan spontan pergi ke arah Lara dan duduk disebelahnya membuatkan si kecil itu terus tersipu malu. Bila kita tak make up, lepastu boyfriend kita nak bawa pergi beraya. Tapi dia lagi herlok dari kita!” tulis Awal dalam video tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Apa yang lebih mencuit hati warganet lagi adalah kapsyen Awal sendiri seolah-olah memahami situasi yang dialami oleh Lara dan dalam masa yang sama, bekas pengacara Melodi itu sempat mengusik penampilan Hael pada malam itu. Awak pi jalan sorang lah. Lipstick kita awak pakai kenapa?” seloroh Awal di ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi comel Lara itu apabila disuik oleh Hael. Comelnya. Aunty terbayang terus macam manalah nanti orang mengorat Lara bila besar nanti.
The way tangan dia tu tunjuk kat Hael, please lah Lara cute to the max betul. Not Hael being rejected by Lara,” tulis warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.