PEMINATÂ Fasha Sandha meluahkan rasa bimbang terhadap perubahan mendadak fizikal aktres berkaliber itu yang dilihat semakin kurus dan wajahnya kelihatan cengkung. Malah menerusi foto yang diambil bersama suami, Aidil Aziz membuatkan peminat hampir tidak mengenali wajah Fasha yang kelihatan berbeza dan tidak seperti dirinya. Kebimbangan itu diluahkan kerana merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Fasha malah ramai berharap pelakon itu tidak lagi cuba menurunkan berat badannya.
Pun begitu ada juga yang mengutuk perubahan drastik Fasha dengan mengatakan dia kelihatan tua berbanding usia sebenarnya meskipun berjaya mengurangkan berat badan. Tidak mudah melatah dengan cakap-cakap warganet, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menjawab tudhan dan kebimbangan peminat dan warganet dengan baik. Kata Fasha, dia sendiri tidak menafikan dia sudah berusia dan ia perkara biasa yang perlu dilalui oleh setiap manusia.
“Masa badan saya berisi orang kata saya mengandung, saya malu dan badan rasa berat. Sekarang saya rasa okey lepas berjaya turunkan 10 kilogram, Alhamdulillah. “Saya memang dah berumur, tak boleh buat apa. Saya sudah berusia 39 tahun… takkan nak jadi 29 tahun balik?,” katanya. Bagaimanapun Fasha menegaskan kesihatannya berada dalam keadaan baik dan minta peminat tidak bimbang selain berterima kasih kerana ramai mengambil berat tentang dia.
“Alhamdulillah awak, saya sihat jangan risau okay. Terima kasih kerana ambil berat,” ujarnya. Sebelum ini Fasha pernah meluahkan rasa sedih apabila ada menyangka dia sedang hamil ekoran berat badannya yang meningkat. Disebabkan kritikan itu, Fasha berkata, dia menjaga pemakanan dan bersenam kerana tidak mahu orang lain melemparkan kata-kata tidak baik kepadanya.
“Saya tak mengandung pun, hanya bulat sikit masa itu. Waktu itu pun baru lepas makan, jadi nampak macam perut buncit. “Memang sedih bila orang body shaming saya tapi itu pemangkin semangat untuk kurangkan berat badan,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.