Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey dan isterinya Syaheera Rahman Bakal menimang cahaya mata yang kelima. Berita baik itu itu dikongsi oleh isterinya di akaun TikTok miliknya dan sempat menitipkan doa buat wanita yang menantikan cahaya mata. Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulis Syaheera di ruangan kapsyen TikTok.
Meninjau ke ruangan komen, warganet membanjiri dengan ucapan tahniah di atas rezeki yang telah diberikan dan ada segelintir yang mendoakan agar turut dikurniakan cahaya mata. Doakan saya juga ye. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi ALhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu Doakan saya juga. Tak pernah jemu untuk kami teruskan usaha. Kami tetap sabar bila pelbagai soalan ditanya. 10 tahun menunggu . Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah je selama ini,” tulis netizen di ruangan komen.
Sebelum ini, Fad seakan akan memberi bayangan ketika memuat naik gambar sambutan hari jadinya di laman Instagram berserta kapsyen yang berterima kasih dengan hadiah yang diberikan isterinya. Untuk info, pasangan ini telah bernikah pada 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan,6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel,3.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.