Usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi jadi perhatian apabila tampil menyanyikan semula lagu hari raya berjudul Indah Di Hari Raya nyanyian asal penyanyi popular, Ziana Zain. Bagaimanapun, lirik asal lagu tersebut telah diolah semula oleh Sajat yang kelihatannya memerli golongan penyondol. Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Sajat memakai pakaian berwarna hitam sambil menyanyikan lagu hari raya dan berpesan bahawa, ramai wanita yang kebanyakannya memakai tudung dan menutup aurat merupakan penyondol, malah seringkali berniat jahat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bertudung dan menjolok mata. Klik sini untuk lihat video.
Lagu raya buat penyondol,”tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi Sajat, bahkan ada yang bersetuju dengan nasihat yang diberikan olehnya. Betul lah tu lirik lagu raya Sajat, Memang betul pun… hakikatnya memang begitu. Sajat ni kelakar, dia punya advise tu tip top wey! Kadang-kadang sampai menusuk kalbu. Yes, all of them wearing hijab, memang setepek kena! Betul, apa yang sajat kata. Terbaiklah Sajat. Walaupun liriknya berterabur, tapi lagu dia boleh box office, boleh buat album.
Kalini kami ramai-ramai sokong Sajat! Setuju apa Sajat kata, kami ramai-ramai sokong Sajat. Ni lagu raya penyondol yang lawak. Lirik lagu pun on the spot,” komen warganet. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 100,000 tanda suka. kredit xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.