Tahukah anda kucing juga boleh mengalami masalah jerawat terutamanya pada bahagian dagu. Sepeti manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kulit termasuk jerawat. Perkara ini boleh berlaku disebabkan si bulus turut memiliki kelenjar minyak pada tubuhnya. Jerawat kucing disebabkan oleh folikel rambutnya yang tertutup disebabkan penghasilan keratin berlebihan yang merupakan protein pada kulit kucing apatah lagi kucing menghasilkan minyak di seluruh tubuhnya. Bagaimanapun terdapat beberapa bahagian pada tubuh kucing yang menghasilkan lebih banyak minyak seperti dagu, ekor, kelopak mata, tapak kaki dan testis bagi kucing jantan. Perkara ini menyebabkan jerawat mudah tumbuh pada bahagian-bahagian tersebut. Ada pelbagai sebab mengapa kucing tumbuh jerawat. Seperti manusia, jerawat pada kucing juga boleh menjadi teruk apatah lagi jika ia terdedah kepada bakteria dan kuman yang menyebabkan jerawat mengambil masa untuk sembuh termasuk boleh bernanah.
Penyebab kucing berjerawat
Beberapa kajian mendapati jerawat pada kucing boleh berlaku disebabkan tekanan, elergi terhadap persekitaran selain faktor pemakanannya dan biasanya jerawat pada kucing akan tumbuh di bawah dagunya. Seperti manusia, masalah ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi faktor tumbuhnya jerawat pada kucing selain kucing yang belum disteril, ia lebih rentan untuk mengalami masalah itu. Ini kerana kucing yang belum disteril memiliki kelenjar sebaceous yang sangat aktif sehingga boleh menghasilkan lebih banyak minyak dan jerawat. Meskipun jerawat pada umumnya tidak membahayakan, tetapi pemilik harus berhati-hati sekiranya ia dijangkiti kuman yang akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Selain sentiasa membersihkannya, penggunaan betadin dan air suam untuk membersihkan bahagian yang terkesan dapat membantu mempecepatkan proses pemulihan. Pemakanan kucing juga perlu diberi perhatian seperti memperbanyakkan pemberian makanan kering yang mengandungi Omega 3. Sumber, mstar
Bela Kucing Memang Bagus Untuk Membantu Anak Belajar, Ini Penjelasan Dari Doktor Mengapa Harus Membiarkan Anak Bermain Kucing. Menjadi lumrah buat anak-anak kecil kebanyakkannya suka akan binatang peliharaan yang comel dan manja seperti kucing.Meskipun anak-anak masih kecil namun keinginan mereka untuk menjaga dan memelihara kucing biasanya membuak-buak. Namun Mami Piqah faham, ibu bapa pasti bimbang jika kucing itu bakal terabai oleh anak-anak kerana keinginan yang bersifat sementara.Bagaimana pun, menerusi satu laporan dan kajian yang dibuat oleh sebuah portal ada 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membiarkan atau memberi peluang kepada anak-anak untuk memeliharan haiwan kesayangan mereka terutama kucing.
Kurangkan risiko alahan dan lelah pada anak. Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, anak-anak kecil yang membesar dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya kurang berisiko untuk menghidapi alahan dan lelah Ini kerana, saintis mempercayai bahawa haiwan peliharaan seperti kucing akan mendedahkan anak kepada mikrob, lalu mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal. Fakta ini disokong oleh kajian yang turut mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik. Lebih banyak ‘outdoor activity’. Kalau anak bela kucing, tentu mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana ingin membawa kucing bersiar-siar. Kalau tidak di padang pun, di halaman rumah pun jadilah.Bukankah ini lebih baik berbanding menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari.
Mempunyai kemahiran bersosial yang baik. Berdasarkan sebuah ‘survey’, Dr. Jalongo mendapati lebih 40% daripada ibu bapa mendapati anak-anak mereka amat rapat dengan haiwan peliharaan sehingga menjadikan haiwan ini sebagai tempat meluahkan perasaan.Kemahiran mengenal emosi marah, sedih, atau berkongsi apa sahaja cerita ini dapat menjadikan mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Dapat memupuk sifat penyayang & kreatifTidak kiralah lelaki atau perempuan, jika mereka rapat dengan haiwan, anda pasti akan nampak sisi penyayang mereka.Malah, kehadiran kucing dalam hidup mereka akan menjadikan otak anak lebih kreatif kerana secara tidak langsung mereka turut mempelajari kemahiran mengurus masa, menguruskan ‘teman rapat’ mereka, serta melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.Kucing juga comel dan banyak gelagatnya. Lama-kelamaan, tentu anda turut akan sayangkan kucing itu walaupun fobia pada awalnya.
Kucing juga dapat membantu anak belajar membaca. Menurut sebuah laporan ABC News, sebuah program ‘Purr-Fect Companion’ telah memasangkan setiap anak dengan kucing-kucing terbiar di sebuah pusat khas untuk membantu mereka membaca. Percaya tak, kesannya yang sangat memberangsangkan. Ini kerana, anak-anak yang sedang ‘merangkak’ untuk membaca berasa lebih relaks dan konfiden untuk menyebut patah perkataan secara ‘read out loud’ apabila adanya kucing itu di sisi mereka. Melatih berdisiplin & bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga kucing, sebab itulah ibu bapa biasanya malas nak tambah komitmen lagi di rumah. Bayangkanlah, anda perlu bertanggungjawab terhadap corak makanan kucing, kebersihannya, permainannya, imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor.Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah. Kucing ini memang pembersih sebenarnya, kalau kita tak rajin bersihkan tempat najisnya, mereka akan buang air di tempat lain yang lebih ‘bersih’.Sifat tanggungjawab yang baik ini bukan saja memberi kesan terhadap kelakuan seharian anak-anak, tetapi ia juga menjadi benih permulaan kepada ‘parenting skill’ yang baik.
Kita sedia maklum bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya agar berbuat baik sesama makhluk, termasuklah haiwan.Seperti dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW dari Riwayat Muslim: Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Maka, terbuktilah bahawa perbuatan menyantuni haiwan seperti kucing bukanlah satu amalan kosong, tetapi peluang untuk menuai ganjaran akhirat juga! Malah, ramai yang telah mengaitkan perbuatan mengasihi kucing dengan rezeki yang terbuka luas dan melimpah-limpah. Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia. Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance. Sumber, gempak.