Sejak minggu lalu, nama pempengaruh View Chin menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas dia didakwa menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri yang dikenali sebagai Amira Aqilah. Perkara tersebut mula diperkatakan susulan tindakan isteri View Chin iaitu Sharmine Ah-Moi membuat pendedahan di laman Facebook miliknya. Susulan kes berkenaan juga, View Chin mendedahkan perniagaan miliknya turut terjejas dan banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga selain dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya.
Malah, premis dan kakitangannya turut tidak terlepas daripada terkena tempias kes yang tular itu. Terbaharu, View Chin dilihat sudah kembali ke premis perniagaannya selepas berkongsi sepotong video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya, baru-baru ini. Menerusi video itu juga, dia dilihat sedang berjalan menaiki tangga di dalam premis tersebut sambil menggunakan tanda pagar #tangga. Terdahulu, Shermine memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra View Chin di WhatsApp bersama Amira yang didakwa menjalinkan hubungan dibelakangnya.
Antara bukti yang didedahkan termasuk mereka didakwa sering bertemu di salah sebuah tangga di dalam premis perniagaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.