SELEPAS dua tahun tidak pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, penyanyi dangdut Baby Shima gembira apabila tahun ini berpeluang meraikan lebaran bersama keluarga tercinta. Meskipun susunan jadual kerjanya padat, Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli berkeras untuk mengambil cuti bagi membolehkan dia pulang ke kampung orang tuanya di Johor Bahru, Johor. Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak balik beraya, tahun ini saya akan pulang ke Johor. Meskipun ada kerja, saya nak cuti juga. Harap raya tahun ini saya dapat luangkan masa bersama keluarga dan akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya.
Bercerita tentang sambutan hari raya di kampungnya, penyanyi berusia 30 tahun itu memberitahu lebaran yang diraikan sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini. Sama seperti sambutan orang lain, juadah wajib seperti rendang ayam dan daging, lontong serta ketupat menjadi antara menu yang akan dihidangkan pada pagi raya. Sambutan Aidilfitri saya sama seperti orang lain juga. Kalau kuih, wajib kena ada tat nanas dan almond London,” jelasnya. Bergelar artis popular, kediamannya di kampung tentu tidak akan terlepas daripada menjadi tumpuan apabila akan diserbu peminat untuk beraya bersama penyanyi kesayangan mereka.
Bagaimanapun, bekas peserta program Big Stage musim pertama (BS1) itu memberitahu, sehingga kini dia masih merahsiakan lokasi rumah orang tuanya di kampung daripada diketahui peminat. Bukan menolak untuk menerima kehadiran tetamu dalam kalangan peminat, kata Shima, dia terpaksa melakukannya atas faktor keselamatan. Biasanya kalau jadi artis, peminat akan serbu ke rumah untuk beraya. Tapi saya memang akan rahsiakan rumah di kampung. Bukan sebab tidak mahu peminat datang, tapi lebih kepada faktor keselamatan diri dan juga keluarga. Ujar pelantun lagu Pura Pura Bujang itu lagi, dia perlu berhati-hati kerana tidak mahu sesuatu perkara buruk berlaku.
Lebih membuatkan dirinya berasa bimbang selepas kejadian srngan menimpa pelakon Kamal Adli oleh individu tidak dikenali pada bulan lalu. Selepas kejadian Kamal Adli diserang individu tidak dikenali, membuatkan saya lebih berjaga-jaga. Sebelum ini pun, saya pernah dihantui peminat fanatik. Malah saya juga pernah menerima ugtn bnh daripada orang tidak dikenali,” dedahnya. Pun begitu, Shima berkata, dia tidak terlalu ambil serius tentang ugtn tersebut kerana merasakan keselamatan dirinya masih lagi terjaga. Saya buat tidak layan sahaja. Tidaklah perlu sampai saya dikawal pengawal peribadi. Mungkin sebab saya dah terbiasa agaknya selalu dimaki orang ramai. Jadi dah lali. Saya tahu, tak semua orang sukakan saya. Ramai juga yang benci,” katanya.
Kredit. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.