Menjengah usia lebih tiga dekad sebagai artis membuatkan penyanyi, Ziana Zain melalu pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang perjalanan itu. Antara pengalaman yang sentiasa terpahat di ingatannya, tentu saat menjelangnya Aidilfitri, di mana ia menjadi waktu untuknya lebih akrab dengan peminat. Berkesempatan bertemu pelantun lagu Indah Di Hari Raya itu baru-baru ini, Ziana berkongsi cerita Aidilfitrinya.
Pengalaman pertama saya sebagai artis adalah ketika menjayakan program untuk RTM. Waktu itu dalam tahun 1994 hingga 1997. Memang hari pertama dan kedua, saya habiskan dengan kerja. Tahu-tahu raya dah nak habis. Kalau zaman dahulu, Syawal itu bukan sahaja sebulan, tapi kadangkala sampai masuk 31 hari sebab peminat datang beraya tanpa henti,” katanya.
Menurut Ziana, pernah satu ketika di mana rumah keluarganya dikunjungi peminat dari luar Lembah Kelang. Pernah sekali jam 1.30 pagi, ada dua ke tiga van menunggu saya di depan rumah. Waktu itu saya ada persembahan di luar. Jadi, bila mak telefon, dia minta saya balik sebab mereka sudah menunggu lama.
Bagi saya itu adalah tanda penghargaan mereka sebab ada yang datang dari jauh, dari luar Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa saya,” katanya. Satu lagi perkara yang membuatkannya terkenang Aidilfitri satu ketika dahulu adalah di mana masing-masing menghantar kad ucapan.
Kenangan lain mengenai Aidilfitri adalah kad raya. Kalau dulu sebelum zaman media sosial, saya dapat empat hingga lima guni kad raya. Ribuan kat raya sampai di rumah. Jadi, di rumah saya sediakan pokok khas untuk kad raya saya. Satu pokok lagi untuk Anuar dan ada juga pokok untuk Pak Zain.
Kad raya daripada peminat pula sangat kreatif. Ada yang tampal gambar kita dan ada yang letakkan muzik. Syarikat rakaman pun ada peruntukan untuk kad raya yang perlu dibalas. Ada juga kad yang saya beli sendiri. Selain Indah Di Hari Raya, satu lagi lagu Aidilfitri dendangan Ziana yang menjadi hit adalah Halaman Asmara nyanyian secara duet bersama Awie.
Ketika merakamkan lagu Halaman Asmara, saya tak sangka langsung bahawa ia akan menjadi lagu hit. Setiap kali merakamkan lagu saya tak jangkakan apa-apa. Saya fikir ia adalah lagu cinta. Ketika rakaman lagu itu, Awie dah menempa nama dan dah ‘meletup’ (popular) dengan Wings dan album solonya. Jadi, saya masih baharu ketika itu dan memang gementar.
Tapi, abang Nasir (Datuk M Nasir) beritahu bahawa saya boleh melakukannya. Bermula dengan lagu itu, Ziana mula meletakkan satu kriteria untuk penyanyi lelaki yang akan berduet dengannya. Lagu itu kunci nadanya tinggi. Bila menyanyi, Awie punya ‘feel’ sangat sedap. Jadi, bila serasi ia menjadi sangat enak didengar sebab ada keserasian di situ.
Sejak itu, saya mula tahu dan faham bahawa untuk mencari pasangan duet, saya kena cari yang sama seperti Awie. Sebab itu saya selesa berduet dengan Lan (Azlan & The Typewriter) dan Amir Masdi. Terbaharu, Ziana akan muncul di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi acara Konsert Raya Sepanjang Zaman yang berlangsung pada 6 Mei ini.
Ini adalah penampilan pertama saya di pentas DFP. Ia umpama satu impian yang menjadi kenyataan. Saya selalu bercakap kepada diri sendiri dan rakan-rakan, kalau dapat persembahkan satu lagu di DFP, itu pun sudah menggembirakan. Tapi, alhamdulillah dapat peluang ini. Paling mengujakan adalah saya akan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda, Sanisah Huri, Datuk Hail Amir, Bob Yusof dan diiringi muzik oleh pengarah muzik hebat, Ahmad Muriz Che Rose.
Saya berharap Konsert Raya Sepanjang Zaman ini akan memberi impak besar kepada semua peminat sebab bukan selalu kita dapat mendengar lagu Aidilfitri didendangkan secara orkestra,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.