Bermacam ragam dapat dilihat mengenai pembelian tiket konsert band muzik Coldplay yang berlangsung pada 16 dan 17 Mei lalu. Dalam kekecohan yang berlaku, pempengaruh Khairul Aming menyatakan keterujaannya apabila dirinya bertuah dapat membeli tiket tersebut. Turut berkongsi pengalaman membeli tiket konsert Coldplay itu, ciapan beliau telah mendapat perhatian ramai. Namun begitu, ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Khairul Aming yang berkongsi keterujaannya di media sosial.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed menulis surat terbuka untuk memberi teguran kepada pempengaruh itu. Menerusi hantarannya di Facebook, beliau berasa terkilan apabila membaca hantaran Khairul Aming yang bersungguh menempah tiket konsert terbabit. Menurutnya, sebagai seorang public figure yang bersih seharusnya tidak mempromosikan konsert itu kerana seolah-olah menyokong gerakan yang didakwa dibawa oleh band terbabit. “Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda?
Saya percaya di usia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Apa lagi ingin saya katakan saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda,” katanya. Dalam pada itu, beliau mendoakan supaya pemilik produk Sambal Nyet itu membetulkan kesilapannya. Sebelum ini, PAS ada mendesak agar konsert itu dibatalkan apabila mengaitkan kumpulan itu dengan penyokong gerakan LGBT. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.