Bawa individu ni ke tayangan filem polis evo 3, akhirnya Sharnaaz Ahmad tampil bersuara dedah hubungan sebenar dia dengan Amelia

Kemunculan pelakon Sharnaaz Ahmad berpelukan tangan bersama seorang wanita pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 semalam sememangnya jadi perhatian pihak media. Bagaimanapun, anak kelahiran Pulau Mutiara itu menegaskan dirinya hanyalah sekadar berkawan dan kehadiran wanita itu bukanlah tanda sedang menjalinkan hubungan cinta. “Tiada apa, kami masih dalam fasa berkawan. Saya okey sahaja berkawan dengan semua orang,”ujarnya.

Dikesempatan itu, pelakon filem Polis Evo 3 turut mengulas dakwaan mengatakan dirinya bertindak mengongkong Amelia. Ujarnya, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia berbuat demikian demi kebaikan bersama. “Saya rasa kalau nak kawal dia, saya yang perlu kawal, jadi suka hati sayalah. Bagi saya, apabila kawal seseorang itu bermakna kita ambil peduli. Itu hak dia. Bagi saya, kawal itu ada banyak fasa, kawal itu untuk dia jadi yang terbaik. Kalau kawalan kita terlalu merepek merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada dia jadi mat rempit atau bhsia,”jelas Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz mengatakan isu mengenai penerimaan anak lelakinya, Jebat Jayden terhadap Amelia haruslah dijawab oleh kanak-kanak berusia 5 tahun itu sendiri. Pun begitu, Sharnaaz menyatakan hubungannya dengan Amelia yang juga seorang aktres masih boleh diteruskan. “Kalau soal itu lebih baik tanya Jebat, saya tidak berani cakap untuk pihak dia. Dia pandai jawab. Tetapi apa yang saya lihat, masih boleh diteruskan lagi, kita lihat sejauh mana dia perg,”katanya. Sharnaaz berkata demikian sewaktu ditemui media pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang berlangsung di KLCC, semalam.

Sebelum ini, penampilan Sharnaaz bersama seorang wanita membuatkan ramai peminat kecewa tapi gembira atas kebahagiaan yang dikecapinya kini. Dan, Sharnaaz sendiri pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat, namun enggan berkongsi secara terperinci kerana bimbang tidak berakhir dengan baik. Untuk pengetahuan, Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix terlepas menyebut nama aktres berkenaan.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sharnaaz Ahmad iaitu Polis Evo 3 hasil sentuhan Syafiq Yusof bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Mei 2023 ini. Antara barisan selebriti terlibat selain Sharnaaz adalah Syafiq Kyle, Nora Danish, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Sumber: Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.