Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa menyifatkan perubahan vokal adalah perkara normal terutama untuk mereka yang sudah berusia. Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teteh Ocha bagaimana pun berharap perbezaan suara yang dimaksudkan ke arah lebih baik dan bukan sebaliknya.
Saya kurang maklum sekiranya ada yang membandingkan vokal saya sekarang ini dengan ketika di awal pembabitan dulu. Bagi saya secara semula jadi sekiranya suara berubah mengikut peredaran masa. Selain dari mengikuti usia, kadang kala suara juga berubah mengikut trend. Mungkin ketika itu, trend menyanyi berbeza dengan trend menyanyi lima tahun kemudian.
Apa lagi saya sudah menyanyi selama 25 tahun, jadi semestinya vokal tidak sama seperti dulu. Mudah-mudahan berubah bukan menjadi lebih teruk sebaliknya menjadi lebih baik,” katanya.
Rossa mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui di majlis pelancaran konsert dan album terbaru, Another Journey The Beginning yang berlangsung di The Curve, Damansara. Melihatkan sambutan luar biasa diterima peminat di Malaysia, Rossa bakal beraksi selama dua malam berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Julai ini.
Mengulas sambutan luar biasa peminat, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 44, mengakui terharu kemunculannya terus dinanti ramai. Rossa berkata, penganjuran Konsert Another Journey: The Beginning sungguh istimewa kerana tidak hanya membawa peminat menelusuri perjalanan 25 tahun kerjaya muziknya.
Album ini merangkumkan pelbagai emosi dan turun naik saya sebagai manusia sepanjang dunia berdepan pandemik Covid-19. Di saat album fizikal tidak lagi menjadi pilihan pencinta muzik, namun saya bersyukur sebanyak 300,000 unit sudah terjual dalam masa tiga bulan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.