SUDAH tuah penyanyi Liza Hanim apabila sering menjadi pilihan untuk projek membabitkan nama Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Suara emasnya ternyata benar-benar memikat. Terbaharu, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim disunting lagi untuk program yang mengangkat nama Seniman Agung tersohor ini.
Kali ini menerusi Konsert P Ramlee – Signature A Minor 7 pada 7 dan 8 Julai depan yang berlangsung di Stage 1, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor. Lagu untuk konsert ini dipimpin dan disusun semula oleh Aubrey Suwito dengan nuansa baharu tanpa menghilangkan keaslian jiwa karya P Ramlee.
Konsert ini turut menampilkan Sean Ghazi serta persembahan monolog oleh Sobri Anuar, manakala Hariry Jalil bertindak sebagai pengarah konsert. Sebelum ini saya terbabit dengan persembahan muzikal. Bagaimanapun, ia tetap sebuah konsert muzik. Ia bukan teater muzikal, cuma ia ada segmen dan hos pula tidak dipanggil pengacara, tapi lebih kepada pencerita.
Cabaran yang perlu dilalui menjelang konsert ialah kesihatan. Sekarang ini penyakit ‘mengarut’ terutama kepada penyanyi. Kalau dia serang, dia serang hidung, dada dan terus ke tekak. Secara tiba-tiba suara akan kasar. Rasanya sangat berbeza dengan tiga tahun lalu. Sekarang kalau kena ia akan buat kita ‘down’ teruk. Kesannya lebih kepada pernafasan dan stamina. Saya kali ketiga kena teruk, tapi bersyukur tidak macam orang yang kena masuk hospital,” katanya yang dijangkiti Covid-19 kali ketiga pada Syawal lalu.
Bagaimanapun, kesannya Liza cepat penat apabila membuat kerja rumah dan terpaksa melakukan senaman untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat gejala ini. Apa pun perkara ini kena buat sesuai dengan usia. Tak dinafikan apa yang berlaku buat saya ‘struggle’ untuk jaga suara. Pasti ada beza. Tapi, saya tak perlu nak buktikan apa-apa.
Nak kata risau, saya terima hakikat tahun ini usia saya 43 nak masuk 44 tahun. Jadi, apa pun perubahan akan berlaku. Saya tak boleh risau kerana ini adalah perkara normal. Saya perlu terima kerana saya manusia. Ia perkara biasa. Saya kena raikan kerana saya masih boleh menyanyi. Alhamdulillah saya masih boleh menyanyi dan ada orang nak dengar saya menyanyi.
Liza berkata, dia bertuah kerana Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan ‘create’ album lagu karya P Ramlee dan mahukan dia menyanyikannya. Itu sendiri dah melabelkan saya dengan lagu P Ramlee dan Saloma. Selepas itu teater pula. Orang pula okey dan tiada yang membantah saya dikaitkan dengan lagu dendangan dua penyanyi terkenal ini.
Saya bersyukur konsert ini dapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik – myCreative Ventures serta rakan penaja seperti PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Cantuman Wawasan dan Bon Fashion Legacy Sdn. Bhd. Nama besar P Ramlee itu sendiri meletakkan konsert itu ada sasaran seperti penonton kebanyakan dan pelajar muzik. Dana dari pelbagai pihak memang membantu. Persembahan pula dalam durasi 75 minit,” katanya.
Walaupun terbabit dengan konsert besar, penyanyi lagu popular Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengaku masih mengimpikan untuk beraksi dalam konsert solo. Saya tak tahu bila masanya tiba. Saya dah bersedia, tapi ia bukan perkara mudah. Kecuali buat ‘showcase’ kecil ok mungkin boleh tercapai.
Ini impian saya. Konsert solo tanpa ada artis undangan. Yang tentunya saya akan jemput anak-anak saya bersama atas pentas kerana mereka amat berbakat. Mereka juga adalah penyokong saya. Marissa dan Marsya pula mewarisi bakat saya boleh menyanyi dengan baik,” katanya yang pernah beraksi di Dewan Filharmonik Petronas.
Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.