Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki bertindak kasar sehingga mendatangkan kelukaan ke atas seorang pemandu wanita yang berlaku di Cameron Highland. Bahkan, terdapat warganet turut mendedahkan bahawa lelaki sama bertindak menampar dua pelayan restoran gara-gara tidak berpuas hati makanan yang dipesannya lambat diterima. Disebabkan itu, pelaku dikenali Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, telah ditahan oleh pihak polis dan kini ditambah hukuman ditahan sembilan hari lagi berserta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Cameron Highland selepas mengaku bersalah.
Tertuduh yang juga seorang penyelia kilang mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman. Mengikut pertuduhan, Mohammad Zaim Faiz didapati dengan sengaja menyebabkan kelukaan ke atas pelayan restoran warga asing, Samir Das yang bertempat di Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 4.20 petang, 4 Jun lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Seterusnya, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kelukaan ke atas seorang lagi pelayan restoran, V Dennis Pillai, 23, di lokasi dan masa yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Sementara itu, tertuduh menitiskan air mata sewaktu merayu hukuman denda paling minimum memandangkan dia perlu menangung seorang isteri yang sarat mengandung dan dijangka bersalin pada hujung bulan ini. Malah, tertuduh yang juga memiliki seorang anak masih kecil turut membiayai kos rawatan ibunya dengan jumlah pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Dalam pada itu, tertuduh juga menyatakan dirinya insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesilapan pada masa hadapan. Sekadar info, bagi setiap pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman ditahan sembilan hari dari tarikh tangkapan iaitu semalam dan didenda berjumlah RM1,000 bagi setiap pertuduhan.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, maka mahkamah menetapkan lelaki berkenaan perlu menjalani pnjra tambahan sembilan hari lagi. Isteri tertuduh kemudiannya membayar denda. Mahkamah bagaimanapun menetap kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar tertuduh benar-benar insaf selain menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran dan iktibar buat seluruh rakyat Malaysia,
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.