NAMA suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai menjadi bualan warganet selepas timbul dakwaan dia dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaan jenis McLaren. Bukan sahaja isu penggunaan nombor plat QPA1, malah sportcar berwarna hijau itu juga didapati didaftarkan atas nama orang lain. Susulan kontroversi tersebut, pemilik sebenar kereta berkenaan iaitu Hafiz Wasa tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.
Kata Hafiz, kenderaan mewah itu sudah menjadi milik Opai namun mereka masih belum berkesempatan melakukan proses penukaran nama disebabkan kekangan masa. “Ya saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. “Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit operasi. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.
“Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan warganet ni… mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” katanya. Menurut Hafiz, Opai berminat membeli kereta itu kerana mahu membantunya yang sedang berdepan masalah perniagaan. Malah, Hafiz mengakui Opai seorang yang sangat baik berbeza dengan apa yang ditonton oleh warganet dalam video viral sebelum ini.
“Saya ada jalankan perniagaan dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut. “Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah. “Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” jelasnya. Pada Ahad, media tempatan melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.
Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza. Opai bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan. Jelas Opai, dia hanya menggunakan nombor plat QPA1 sewaktu berkahwin dengan Fatin untuk tujuan merakamkan foto kenangan bersama. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.