Setiap kali kemunculan penyanyi yang juga juri tetap program Big Stage 2023, Aina Abdul, fesyennya yang akan menjadi perhatian dan bualan ramai di media sosial. Kali ini, Aina tampil dengan dres labuh dengan kemasan draping seolah-olah seperti ‘mumia’ ketika menghadiri program Big Stage minggu ke-7, baru-baru ini.
Hantaran Aina dibanjiri dengan komen peminat yang terpegun dengan penampilannya, malah ada yang berseloroh menyamakan busana Aina seperti bengkung ibu berpantang. Terdahulu, Aina pernah mendapat kecaman netizen selepas menggayakan kostum warna warni ‘A Wave Of Emotion’ hasil rekaan Masyadimansor. Kostum berkenaan turut mendapat kritikan pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyifatkan Aina sebagai ‘model paling hodoh di muka bumi’.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.