Sejak kebelakangan ini, penyanyi Adira Suhaimi dilihat sering menghasilkan kandungan di media sosial bersama anak perempuannya, Anggerik. Ramai dalam kalangan peminat dan pengikut pelantun lagu Ilusi itu menggemari video-video yang dikongsikan oleh anak beranak itu. Menurut mereka, kandungan yang dihasilkan oleh Adira sungguh menghiburkan.
Namun, di sebalik kandungan video yang penuh kelucuan, tentulah Adira sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap pengguna internet yang kurang sopan dan juga mereka yang berniat jahat. “Anak pertama saya, Anggerik memang saya dedahkan dengan dunia media sosial. Tapi, sudah pasti saya pantau pergerakan anak saya ketika dia menggunakan internet. “Bukan sebab nak tunjuk sahaja, tapi sebab dia dah minat dan saya cuba bantu dia untuk boost confident dan expose kan diri. Sebagai contoh macam mana nak jumpa orang dan berhadapan dengan kamera… bagi dia faham shooting macam mana.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang komen buruk atau diganggu lelaki-lelaki yang berniat tidak baik,” katanya. Adira menambah, dia sentiasa bersedia dengan komen-komen warganet, khususnya selepas Anggerik semakin popular di media sosial. “Saya bersedia. Macam saya selalu cakap dengan dia, bukan semua orang suka kita. Macam komen-komen tu, dia masih belum pandai membaca. Cuma saya nak cuba dedahkan dia awal-awal (mengenai komen yang negatif). “Bukanlah nak bagi dia kental ke apa, cuma nak bagi dia faham sikit-sikit. Jadi, saya memang dah ready sebab saya faham sangat mulut warganet ni macam mana,” kata Adira lagi.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.