Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Nad Zainal jadi perhatian selepas memuat naik sekeping gambar seakan menampakkan ‘baby bump’. Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik gambar itu bagi mempromosikan sebuah jenama produk. Bagaimanapun, gambar tersebut jadi perhatian ramai apabila perutnya kelihatan sedikit besar sekali gus menimbulkan dakwaan aktres itu sedang hamil. Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, isteri lepada aktor Ungku Ismail itu memuat sekeping gambar berserta kapsyen ‘nak zoom perut la tu’.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bertanyakan kepada Nad adakah benar dia sedang hamil atau tidak. Malah, segelintir wargamaya turut menyampaikan ucapan tahniah sekiranya ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua. Terdahulu, Nad mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba mengumumkan sudah pun bernikah dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah berpisah pada September lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.