Usahawan kontroversi, Dato’ Seri Aliff Syukri yang sedang mengerjakan ibadah haji ketika ini dilihat kerap berkongsi keadaannya disana. Terbaru, dia telah memuat naik video keluhannya terhadap harga sayur dan barangan dapur yang agak mahal. Ujarnya, peniaga-peniaga di Azaziah seakan menaikkan harga barangan tiga hingga lima kali lipat sehingga mencecah ratusan ringgit jika ditukarkan ke nilai matawang Malaysia. Klik sini untuk lihat video.
Dia juga menyatakan harga pengangkutan awam seperti teksi juga begitu mahal lebih-lebih lagi ketika musim haji. Biasanya, dia hanya membayar 10 riyal sahaja, namun ketika haji terpaksa membayar 200 riyal. Perkara tersebut sudah tentu memberi tekanan kepada mereka yang datang tanpa membawa wang tambahan dan hanya mengharapkan dari agensi sahaja sehingga perlu mengikat perut. Walau bagaimanapun, perkongsian daripada usahawan itu telah mendapat kritikan daripada sesetengah warganet yang merasakan dia banyak merungut sepanjang mengerjakan haji. Ada yang mengatakan dia banyak bercakap mengenai harga mahal, namun tidak pula ‘bising’ ketika masuk ke kedai berjenama mewah.
Namun begitu, ramai juga yang setuju dengan apa yang diluahkan Aliff Syukri kerana memahami apa yang ingin disampaikan. Mereka juga meminta agar warganet mengambil positif perkongsian yang dibuat usahawan itu kerana ia sangat memberi kesan kepada jemaah yang datang tanpa membawa wang lebih kerana barang disana agak mahal.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.