Selebriti yang juga merupakan seorang usahawan, Shuib Sepahtu telah pun bertemu empat mata dengan salah seorang yang menuduhnya ahli Freemason dan mengada-adakan cerita berkenaan pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Menerusi perkongsian yang dibuat Instagram Indigitalmusic, Shuib telah bertemu lelaki yang dikenali sebagai Zulhairi itu kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan tuduhan tersebut.
Memetik laporan, Shuib mengatakan yang dia terbuka hati untuk memaafkan individu terbabit kerana beradab datang bertemunya hari ini. Dalam pertemuan yang berlangsung di Kafe Bubblebee Bandar Sri Permaisuri, Cheras, penyampai radio Suria FM itu turut menasihati Zulhairi supaya tidak mengulangi perbuatan menfitnah dirinya serta keluarga lagi. “Sejak bercakap di telefon semalam (Isnin), saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zuhairi tampil dan memohon maaf.Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib dengan tegas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap seorang lagi individu yang menyebarkan fitnah kepadanya sebagai satu bentuk pengajaran. “Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dahulu. Saya sudah bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengajaran. “Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan pemergian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membnh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti. Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul,” ujarnya.
Apa yang dilakukan ketika ini adalah rentetan daripada tuduhan-tuduhan yang tidak menasabah dibuat oleh dua individu tersebut dengan mengatakan yang pemergian Siti Sarah sebagai salah satu perancangan Shuib. Ia seolah-olah mengatakan bahawa pelawak itu sengaja membnh isterinya yang sedang hamil. “Perkara ini boleh menimbulkan keraguan. Sebab saya sendiri yang melihat isteri pergi menghadapillahi, saya yang mengangkat jnzh. Jadi penyebaran berita ini boleh timbulkan salah faham. Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap,” tegasnya.
Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 disebabkan wabak Covid-19. Allahyarham yang ketika itu sedang hamil telah dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTMUKM) sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.