Tular video kereta Alphard milik Mp Pas bawa secara berbahaya, alasan bawa cepat sebab takut gading korban rosak

Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary sekali lagi tular di media sosial apabila didakwa memotong kereta lain di garisan putih berkembar baru-baru ini. Menurut laporan Malaysiakini, kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan menggunakan nombor plat ‘P45’ itu dirakam tak patuh peraturan jalan raya kerana memandu secara berbahaya. Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Affandi Hussin berkata, siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemandu kepada Ahmad Marzuk.

“Pada 3 Julai kira-kira jam 7 petang telah dikesan satu video di laman sosial Facebook yang telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Abu Zaid Al-Harith. Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P45 telah memotong kenderaan lain di garisan berkembar,” katanya. Affandi berkata, kejadian berlaku pada petang 2 Julai lalu di Kilometer 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu dimana kenderaan itu menuju ke Bangi, Selangor bagi mengagihkan kira-kira 50 kilogram daging korban kepada penduduk.

“Pemandu telah memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar disebabkan ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan daging korban rosak,” ujarnya. Tambah beliau, pemandu berkenaan telah mengakui kesalahan memandu secara melulu selain akan memberikan keterangan lanjut kepada pihak polis hari ini. “Polis juga telah mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,” jelasnya lagi. Terdahulu, kenderaan tersebut dipercayai melakukan kesalahan sama dalam kejadian di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu pada 26 September 2021.

Berdasarkan laporan Kosmo!, kejadian ketika itu membabitkan seorang pemandu berusia 31 tahun yang telah memotong kereta di hadapannya sambil menyalakan double signal disebabkan jalan sesak. Difahamkan, pemandu berkenaan dalam perjalanan ke rumah Ahmad Marzuk di Pengkalan Chepa untuk membawa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu segera ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.