Baru-baru ini, keadaan mata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi menjadi perbualan warganet, ia dilihat bengkak dan agak sembab sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sejak beberapa hari lalu. Malah ada beberapa individu yang berkata beliau melakukan oeprasi plastik memandangkan beliau baru sahaja pulang dari Korea Selatan. Pun begitu, menerusi laman Instagram, anak sulungnya Nurulhidayah menepis segala spekulasi yang dilakukan oleh warganet dan berkata bapanya melakukan rawatan untuk memperbaiki saraf matanya.
“Saraf mata dia tak function, mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa bukan Super Star pun, kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu. Tapi biasa la org lg seronok ftnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya di ruangan komen. Dalam posting yang sama, Nurulhidayah turut berkata bapanya itu teruskan bekerja walaupun masih dalam fasa pemulihan kerana beliau mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Disebabkan itu, Dato’ Seri Zahid tidak mengambil cuti sakit yang lama, tambahan pula Pilihan Raya Negeri bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.