Tindakan usahawan sensasi, Kak KM memuat naik sebuah video memaparkan telatah anak bongsunya Cinta Carissa jadi tumpuan pengikut di laman Instagram baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menunjukkan tabiat anak perempuannya berusia dua tahun itu yang gemar mencium ketiaknya. “Semua anak saya perangai macam ni (tabiat mencium ketiak),” tulis usahawan jamu yang juga anak kepada dramatis, Normah Damanhuri itu. Klik sini untuk lihat video.
Namun begitu, segelintir warganet lebih tertumpu kepada tahap kebersihan dan persekitaran Kak KM kerana barangan dalam kediaman berkenaan dikatakan agak berselerakan serta tidak tersusun rapi. Bagaimanapun, rata-rata golongan ibu terhibur melihat gelagat Cinta Carissa sekali gus menyifatkan kemungkinan Kak KM gemar mencium ketiak suaminya ketika menghamilkan kanak-kanak tersebut.
Untuk rekod, Kak KM berkahwin dengan Razman Ramli pada 22 Disember dan empat cahaya mata iaitu Nabila Razman, 20, Fariz Razman, 16, Rania Razman, 13, dan Cinta Carissa, 2. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.