Nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara perubahan wajah dan mata. Menjelaskan situasi sebenar, anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah menjelaskan bapanya mengalami penyakit lazy eye (Ambliopia) atau kerosakan saraf optik. Kata Nurulhidayah, Zahid perlu menjalani operasi sebelum menyebabkan kecacatan penglihatan. “Anak saya, Louie memang ikut mata datuk. Saraf mata dia memang perlukan operasi tapi nanti la sebab dia masih nampak lagi.
Grandpa (datuk) sampai dah mengganggu penglihatan dan menjadi keperluan untuk melakukan operasi. Bila berumur saraf makin kendur dan memudaratkan penglihatan. Apa yg jadi lucu pun tak tahu la. Dalam keluarga semua ambil keputusan diamkan diri. Saya lain. Saya lebih terbuka kepada penjelasan. Bukan kita buat salah. Kita buat perkara untuk kebaikan.” Dalam pada itu, Nurulhidayah menyatakan Zahid memikul tanggungjawab yang besar untuk negara justeru beliau perlu cepat kembali sihat.
“Bagi saya abah (Zahid) perlu lakukan sesuatu sebelum memudaratkan diri dia. Sebagai pemimpin dia banyak tugasan dan tanggungjawab. Ia amanah Allah. Tak boleh buat suka-suka. Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya tampil beri penjelasan secara tidak langsung di ruangan komen. Orang boleh buat cerita, cipta berita, caci maki dan menghina. Bagi saya berbekalkan sedikit pengajaran perjalanan Haji, sebagai hamba Allah, apa sahaja tuduhan manusia tak penting. Kita perlu elok perangai dan akhlak untuk Allah sayang kita, jaga kita, lindung kita. Itu paling utama.”
Sebelum ini, Zahid jadi tumpuan apabila tampil memakai cermin mata hitam pada Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di Kuala Lumpur. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.