Penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dia pernah terdetik untuk berhenti dari dunia nyanyian kira-kira lima tahun selepas menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air. Ketika ditemui, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata perasaan itu terdetik kerana dia merasakan masih tidak mendapat tempat selepas menghasilkan hampir 20 buah lagu pada ketika itu. “Ketika itu mungkin sebab saya muda sangat, masa tu saya baru 23 tahun. Saya nak berhenti sebab masa tu saya dah keluar album, saya dah ada 20 lagu dan terus-menerus keluarkan lagu.
Namun, ketika itu masih lagi tidak mendapat perhatian jadi saya salahkan semua orang, salahkan orang di sekeliling saya. Tapi saya tak sedar yang saya sebenarnya hanya perlu percaya pada satu sahaja iaitu rezeki yang belum lagi sampai pada ketika itu.” Ernie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Ernie Zakri Signing Ceremony yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada Selasa. Tambah isteri kepada penyanyi Syamel itu lagi, faktor dirinya yang tidak begitu peka dengan keinginan para pendengar mungkin menyebabkan dirinya sukar untuk mendapat tempat pada ketika itu.
“Ketika itu mungkin saya tak peka di mana pada zaman itu orang dah mula buat YouTube, buat cover lagu tapi saya taknak usaha ke arah itu. Saya pula rasa konon gempak, tak adalah buat YouTube tu. Yang saya tahu nak masuk tv, nak masuk tv, nak masuk tv. Tak sedar diri ketika itu, jadi saya tak ada usaha tapi bila saya fikir balik, ‘kenapa saya salahkan orang sekeliling saya’, padahal saya sendiri yang tak usaha ke arah apa yang diinginkan industri pada ketika itu.
Namun begitu, pelantun lagu Ku Bersuara itu berasa sangat bersyukur kerana mendengar nasihat ibunya dan tidak meneruskan niatnya untuk berhenti dari dunia nyanyian. “Saya bersyukur sangat, saya beruntung sebab dengar cakap mak saya, mak saya kata jangan berhenti. Mungkin ibu kan, dia ada firasat dia yang tersendiri yang mengatakan mungkin anak dia boleh jadi ni, boleh berjaya. Jadi saya bertuahlah kalau tidak memang saya ambil keputusan untuk tak nak langsung menyanyi dan nak jadi cikgu muzik je.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.