Pelakon cilik, Qistina Raisah mendedahkan dia sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish dan bersedia untuk berbaik dengannya. Ketika ditemui, Qistina berkata tidak akan mengelak dari berjumpa dengan Aqish selepas ini. Kata Qistina, 15, dia sangat yakin tidak melakukan sebarang kesilapan terhadap pelakon terbabit. “Saya memang jujur di dalam hati saya memang tiada apa-apa masalah dengan dia, saya tak tahulah apa yang dia terasa dan saya minta maaf dengan apa yang buat dia terasa tu. Bagi saya, saya memang okay. Kalau jumpa lagi pun saya tak akan mengelak sebab saya tahu saya memang tak ada salah, tak ada nak cakap belakang ke apa sebab memang tak ada (salah). Tetapi kalau dia taknak jumpa saya terpulang kepada dia lah.
Qistina berkongsi perkara tersebut pada sidang media filem Rahsia yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu. Pelakon filem Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu memaklumkan bahawa dia dan ibunya sudah berusaha untuk mendapatkan respon dan cuba berbaik dengan Aqish namun, tiada sebarang respon diberikan. “Dah, mak saya dah WhatsApp mak dia waktu hari pertama kejadian dia muat naik Instagram story tu. Mak saya memang dah WhatsApp dia tapi tak balas, takĀ readĀ apa semua. Kita pun macam alamak sedihnya.” Terdahulu, hantaran dimuat naik Aqish di media sosial menjadi bualan ramai selepas pelakon filem KL Special Force itu dilihat meluahkan perasaan marah, tidak puas hati serta menyindir seorang pelakon.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, ramai yang berpendapat hantaran Aqish itu ditujukan kepada Qistina. Filem Rahsia pada tahun 1987 merupakan filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7). Bukan itu sahaja, filem yang diarahkan pengarah terkenal, Othman Hafsyam ini juga berjaya membolot tujuh anugerah dalam kategori lain yang dipertandingkan pada ketika. Legasi Othman dilihat apabila anaknya sendiri, Shamyl Othman mengarahkan versi reboot filem Rahsia ini dengan memberikan nafas baharu di samping mengekalkan penceritaan asal.
Filem Rahsia ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Eman Manan dan ramai lagi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.