Gadis yang memiliki suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Layka Al Funsu sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhamad Irfan. Difahamkan, Layka atau nama sebenarnya Siti Nurzulaikha Idrus, 22, melangsungkan pernikahan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai lalu. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh akaun pereka pelamin, @geebridal melalui beberapa muat naik video sekitar majlis pernikahan di platform TikTok.
Namun begitu, terdapat segelintir warganet terutama dalam kalangan peminat seolah-olah tidak mempercayai bahawa Layka sudah selamat mendirikan rumah tangga di usia yang muda. Ini kerana TikToker yang mempunyai 701,000 pengikut itu tidak memakai dan melukis inai di jari, selain tiada gambar mesra seperti bersentuhan dengan Muhammad Irfan. Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu Layka, dia berkongsi sebuah video memaparkan koleksi gambar pernikahan yang berpegangan tangan dengan suami sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah ‘dihalalkan’. Meninjau di ruangan komen, ramai tumpang gembira atas perkahwinan pasangan mempelai itu namun tidak kurang ada juga golongan lelaki muda yang meluahkan rasa kecewa kerana Layka sudah menjadi hak milik suaminya.
Komen Warganet:
Terdahulu, Layka pernah tular di media sosial selepas membuat ‘cover’ lagu Nirmala sehingga orang ramai menyangka dia melakukan penyegerakan bibir atau lip sync kerana memiliki suara merdu persis Siti Nurhaliza. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.