Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi Cat Farish baru saja mendirikan rumah tangga bersama Shikin Maembong pada 13 Julai lalu. Pada Sabtu lalu, majlis resepsi pasangan itu diadakan dan Shikin dilihat anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala Cat menggayakan sut berwarna hitam. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shikin ada berkongsikan sekeping gambar dimana ianya gambar pertama selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Shikin turut berkongsikan momen lucu dimana ketika mahu pulang ke hotel selepas selesai majlis resepsi, gaun yang dipakai olehnya tidak muat untuk masuk ke dalam kereta sehingga terpaksa duduk di belakang ‘pickup’. “Foto pertama sebagai suami isteri. Cerita dia lepas majlis resepsi semalam, baju pengantin saya tak muat masuk kereta. Jadi kami terpaksa duduk di belakang pickup sampai hotel. Memori paling rare. “Sampai pak polisi tanya nape duk belakang, driver kate baru kawin wedding gown tak kuat masuk kereta,” tulisnya. Perkongsian Shikin itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur dengan kisah tersebut serta mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.